HUKUM MUZIK DALAM
PANDANGAN ISLAM
Bagi
pecinta nasyid, semestinya menghafal dengan syair di atas yang dibawakan oleh kumpulan Nasyid
Raihan. Muzik memang banyak disukai oleh setiap orang. Dengan muzik kita
menjadi senang dan terhibur. Muzik juga membawa kebahagiaan bagi yang
mendengarkan. Pada dasarnya Islam itu mencintai keindahan. Dalam muzik terdapat
keindahan, kreativiti dan seni hidup yang dapat menghibur sehingga menjadi
budaya dalam masyarakat. Sebelum datangnya Islam. Kaum jahiliyah pun suka
berpesta. Mendengar muzik setiap hari.
Sampai datangnya Islam, muzik tidak dihilangkan akan tetapi dibenarkan. Muzik adalah salah satu cara untuk menyihir kaum
muda-mudi. Jika ada pertunjukan muzik, konsert, dan band pasti ramai dengan
penonton. Bahkan penuh sesak. Ada yang rela mengeluarkan duit ratusan ribu
sampai jutaan. Demi hobi yang satu ini. Ada juga yang histeria ketika mendengar
alunan muzik sang idolanya. Berteriak-teriak dan seolah-olah seperti pemujaan.
Mereka mencintai muzik sudah seperti orang histeria sampai-sampai seluruh gaya
para idolanyanya dijiplak habis, mulai dari cara berpakaian dan gaya hidup.
Yang lebih parah lagi adalah para remaja yang mengikuti kebiasaan buruk
idolanya yang suka minuman keras. Jika seperti ini kesan muzik yang dimunculkan
sudah jelas Islam sangat mewar-warkan bahawa muzik tersebut di larang.
Saat
ini muzik yang berkembang di Malaysia ini kebanyakan muzik yang memberikan
mudarat daripada manfaat. Bahkan baru-baru ini ada beberapa artis muzik yang
menjadi sorotan baik dari dalam Malaysia mahupun luar negera. Muzik yang dibawa
bukan saja syairnya yang tidak mendidik, ditambah dengan goyangan para
artisnya, seperti artis trio macam dan Lady Gaga. Kemudian ditambah lagi dengan
gaya berpakaiannya yang seronok untuk menarik simpati para penonton. Terkadang sangat ironi sekali, ketika mereka yang
mendukung para artis tersebut dengan dalih menjunjung tinggi nilai seni budaya.
Bahkan
dalam Al-Quran pun belum ada ketentuan tentang diharamkannya tentang muzik
secara terang-terangan, dan juga tidak menghalalkannya, maka disinilah letaknya
hukum diperbolehkan. Walaupun diperbolehkan, muzik tersebut haruslah mengandungi
unsur manfaat untuk kehidupan manusia. Bukan muzik yang melenakan manusia dari
mengingati Allah SWT. Baik syair-syair yang dihasilkannya, mahupun saranan yang
dipergunakan. Unsur muzik yang diperbolehkan disini adalah muzik yang bebas
dari kemaksiatan atau kemungkaran.
No comments:
Post a Comment