KESIMPULAN DAN
CADANGAN
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
MUZIK
Muzik
dan masyarakat tidak dapat dipisahkan kerana muzik pada masyarakat menjadi
tempat mereka meluahkan perasaan dan tenaga mereka terutama dalam mengharungi
kehidupan yang penuh cabaran ini. Keadaan ini menyebabkan rancangan muzikal
telah mendapat sambutan hangat masyarakat terutama remaja.Sesungguhnya, muzik
mempunyai pelbagai natijah yang mampu mengubah kehidupan sesebuah negara itu.
Sekali pandang pandang
muzik memang membawa kebaikan. Muzik mampu memberi ketenangan jiwa kepada
seseorang kerana apabila mendengar muzik, jiwa seseorang akan tenteram terutama
mendengar muzik kegemarannya. Irama muzik yang mendayu-dayu menyebabkan jiwa
seseorang yang suka memberontak akan kembali menjadi tenang dan gembira.
Sesungguhnya, muzik membawa ketenangan jiwa yang meningkatkan lagi kekuatan
minda dan fizikal seseorang itu.
Malah, muzik mampu
memberi imej baru atau memperkaya muzik tradisional sesebuah negara itu.
Keadaan ini mampu diwujudkan kerana muzik tradisional dianggap tidak
bersesuaian dengan keperluan alaf globalisasi yang mengutamakan muzik rancak
sahaja. Rancangan muzik yang disiarkan oleh media tempatan mampu mengorak
langkah untuk menyebarkan pengaruh muzik tradisional terutama dalam kalangan
remaja. Jadi, muzik memang mampu meninggikan imej muzik tradisional kita.
Bukan sahaja imej muzik
tradisional mampu ditingkatkan tetapi imej negara pada mata masyarakat
antarabangsa turut meningkat. Muzik sering dikaitkan dengan tahap kemodenan
sesebuah masyarakat dan neagra itu mengikut piawaian antarabangsa. Semakin
tinggi minat masyarakatnya terhadap muzik semakin modenlah sesebuah negara itu.
Selain itu, muzik turut
mampu memberikan satu kerjaya yang baik terutama kepada remaja. Keadaan ini
berlaku kerana bidang muzik di negara ini masih belum diteroka dengan
seluasnya. Permintaan sebagai ahli muzik masih tinggi dan persaingannya tidak
begitu sengit berbanding dengan negara-negara maju yang lain. Dalam masa yang
sama negara mula menganggap keperluan muzik menjadi penting dengan pelbagai
konsert muzik diadakan setiap tahun di negara ini. Maka, semakin ramailah pemuzik
yang diperlukan oleh negara dalam tempoh mendatang ini terutama muzik orkestra.
Keburukan yang ketara
daripada muzik ialah aktiviti ini menyebabkan remaja terutamanya mudah terjebak
dengan pergaulan yang bebas. Keadaan ini menyebabkan berlakunya gejala
sosial yang mendapat perhatian masyarakat seperti
isu pembuangan bayi dan penyalahgunaan dadah. Suasana dan tempat muzik sering
menimbulkan masalah kepada remaja terutama aksi muzik barat moden yang dianggap
terlalu menyimpang daripada budaya tempatan. Oleh itu, muzik turut membawa
remaja kita terpesong sahsiahnya.
Kesimpulannya, muzik bukanlah seseuatu yang hanya
membawa kebaikan tetapi juga impak negatif yang tersendiri. Setiap individu
haruslah menilai dan melihat muzik itu daripada keperluan peribadi mereka untuk
memastikan bidang muzik ini membawa impak positif. Peribahasa melayu ‘tepuk
dada, tanya selera’ membuktikan bahawa buatlah sesuatu mengikuti keperluan dan
kehendak seseorang terutama yang memberi kebaikan sejati.
No comments:
Post a Comment