Friday, 23 February 2018

PENGENALAN PERBEZAAN ANTARA MUZIK DALAM ISLAM DAN MUZIK MODEN



PENGENALAN


Pengertian muzik dalam  islam ialah  seni yang ditulis oleh para pakar dalam  buku-bukunya sebagaimana fitrah manusia yang menyukai segala sesuatu  yang  indah dan menyenangkan maka seni adalah usaha untuk menciptakan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni juga merupakan manifestasi daripada budaya. Seni adalah fitrah manusia seperti juga makan dan  minum bergaul mencari pengetahuan mengarah kepada kebenaran yang berhubungan dengan manusia. Sedangkan menurut Quraisy Shihab (1996), seni adalah keindahan. Ia merupakan ekspresi dan budaya manusia. Ia lahir dari sisi terdalam manusia di dorong oleh kecenderungan seniman kepada yang indah, apapun jenis keindahan itu. Dorongan tersebut merupakan naluri manusia ataupun fitrah yang di anugerahkan oleh Allah S.W.T.  kepada hamba hamba-Nya. Seni adalah alat buatan manusia untuk menimbulkan kesan-kesan psikologi atas manusia lain yang melihatnya. Jadi seni adalah penjelmaan keindahan yang terdapat dalam jiwa manusia sebagai fitrahnya, yang merupakan manifestasi cipta, rasa dan karya manusia yang memenuhi syarat yang dapat menimbulkan kesan psikologi bagi orang lain yang merasakannya. Sedangkan muzik ialah cetusan ekspresi isi hati, yang dikeluarkan secara teratur dalam bentuk bahasa bunyi (lagu). Apabila letusan isi hati tersebut dikeluarkan melalui mulut disebut vokal, dan dikeluarkan dengan alat-alat musik, maka disebut instrumental. Dari pengertian di atas dapat membuat kesimpulan bahawa seni musik adalah seni menyusun nada suara yang dibunyikan sedemikian rupa, sehingga mengandungi irama, lagu dan memiliki nilai estetika yang harmoni. Dari definisi di atas dapat dikatakan bahawa muzik adalah ilmu dan seni mengkombinasikan irama dan nada, baik vokal mahupun instrumental, yang didalamnya termasuk rangkaian nada (melodi) dan panduan nada (harmoni) untuk mengungkapkan perasaan.


Pengertian muzik moden ada banyak jenis dan pengelompokan muzik, ada muzik moden dan muzik tradisonal. Pengertian muzik tradisional adalah muzik yang terlahir dari kebudayaan tradisonal yang pada umumnya masih menggunakan alat sederhana atau instrumen muzik tradisonal. Contoh muzik tradisional seperti musik kulitang dan gamelan. Sedangkan pengertian mudik moden adalah muzik yang sudah mendapatkan banyak pengaruh dan sentuhan lain mulai dari alat muziknya. Muzik moden ini berkembang seiring dengan perkembangan zaman sekarang. Muzik moden sifatnya universal atau menyeluruh. Sifatnya yang universal membuat muzik ini sesuai dimainkan oleh sesiapa sahaja yang mudah difahami dikalangan masyarakat. Sejarah muzik moden berawal dari muzik pop yang banyak didengari oleh masyarakat, kemudian berlanjut dengan munculnya aliran muzik moden lainnya yang berkonsepkan hiburan serta menggunakan instrumen muzik yang lebih beragam.

ISI DAN HURAIAN PERBEZAAN ANTARA MUZIK DALAM ISLAM DAN MUZIK MODEN



ISI DAN HURAIAN


Perbezaan diantara muzik dalam islam dan muzik moden adalah muzik dalam islam akan membawa kita kepada kebaikan dengan mendengar alunan zikir, ayat-ayat suci Al-Quran dan nasyid. Muzik moden pula seperti muzik-muzik barat dan kpop akan melalaikan umat islam. Seni muzik merupakan satu keperluan dalam diri setiap manusia, setiap orang memerlukan hiburan untuk menenangkan fikiran dan mencari keseronokan. Tetapi seni muzik dalam konteks Islam adalah berbeza dengan konteks seni muzik barat. Ini kerana seni adalah keindahan. Kecantikannya mencuri pandangan mata, telinga, dan jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata atau bahasa. Seni memiliki astetic value atau nilai rasa indah.

Tujuan syariat Islam bukanlah untuk menyekat segala bentuk kebebasan manusia tetapi sebaliknya lebih kepada mengawal dan mendidik, kerana Islam itu sesuai dengan fitrah semulajadi manusia itu sendiri. Hiburan dalam Islam sangat berlawanan dengan konsep mencari hiburan dan kepuasan murahan bagi memenuhi tuntutan nafsu badani tanpa sempadan. Malah hiburan itu juga adalah suatu yang terkawal dan terarah, dan bukannya satu cara mencari keseronokan dengan cara yang amat bebas sehingga tidak terkawal dan tidak terikat dengan batas-batas perundangan dan nilai keagamaan.

Muzik dalam islam :
ü  Senikata atau lirik bermutu dan tidak bercanggah dengan hukum syarak
ü  Tidak bercampur aduk lelaki perempuan sehingga menimbulkan fitnah dan merangsang kemaksiatan
ü  Berpakaian sopan serta menutup aurat
ü  Tujuan penganjuran nyanyian untuk kebaikan

Muzik moden :
ü  Sebagai media hiburan
ü  Sebagai media promosi
ü  Sebagai media penerangan
ü  Sebagai media pendidikan

HUKUM MUZIK DALAM PANDANGAN ISLAM



HUKUM MUZIK DALAM PANDANGAN ISLAM

Bagi pecinta nasyid, semestinya menghafal dengan syair  di atas yang dibawakan oleh kumpulan Nasyid Raihan. Muzik memang banyak disukai oleh setiap orang. Dengan muzik kita menjadi senang dan terhibur. Muzik juga membawa kebahagiaan bagi yang mendengarkan. Pada dasarnya Islam itu mencintai keindahan. Dalam muzik terdapat keindahan, kreativiti dan seni hidup yang dapat menghibur sehingga menjadi budaya dalam masyarakat. Sebelum datangnya Islam. Kaum jahiliyah pun suka berpesta. Mendengar muzik setiap hari.  Sampai datangnya Islam, muzik tidak dihilangkan akan tetapi dibenarkan. Muzik adalah salah satu cara untuk menyihir kaum muda-mudi. Jika ada pertunjukan muzik, konsert, dan band pasti ramai dengan penonton. Bahkan penuh sesak. Ada yang rela mengeluarkan duit ratusan ribu sampai jutaan. Demi hobi yang satu ini. Ada juga yang histeria ketika mendengar alunan muzik sang idolanya. Berteriak-teriak dan seolah-olah seperti pemujaan. Mereka mencintai muzik sudah seperti orang histeria sampai-sampai seluruh gaya para idolanyanya dijiplak habis, mulai dari cara berpakaian dan gaya hidup. Yang lebih parah lagi adalah para remaja yang mengikuti kebiasaan buruk idolanya yang suka minuman keras. Jika seperti ini kesan muzik yang dimunculkan sudah jelas Islam sangat mewar-warkan bahawa muzik tersebut di larang.

Saat ini muzik yang berkembang di Malaysia ini kebanyakan muzik yang memberikan mudarat daripada manfaat. Bahkan baru-baru ini ada beberapa artis muzik yang menjadi sorotan baik dari dalam Malaysia mahupun luar negera. Muzik yang dibawa bukan saja syairnya yang tidak mendidik, ditambah dengan goyangan para artisnya, seperti artis trio macam dan Lady Gaga. Kemudian ditambah lagi dengan gaya berpakaiannya yang seronok untuk menarik simpati para penonton. Terkadang sangat ironi sekali, ketika mereka yang mendukung para artis tersebut dengan dalih menjunjung tinggi nilai seni budaya.

Bahkan dalam Al-Quran pun belum ada ketentuan tentang diharamkannya tentang muzik secara terang-terangan, dan juga tidak menghalalkannya, maka disinilah letaknya hukum diperbolehkan. Walaupun diperbolehkan, muzik tersebut haruslah mengandungi unsur manfaat untuk kehidupan manusia. Bukan muzik yang melenakan manusia dari mengingati Allah SWT. Baik syair-syair yang dihasilkannya, mahupun saranan yang dipergunakan. Unsur muzik yang diperbolehkan disini adalah muzik yang bebas dari kemaksiatan atau kemungkaran.

MUZIK SALAH SATU GANGGUAN KEPADA PELAJAR



MUZIK SALAH SATU GANGGUAN KEPADA PELAJAR 

            Muzik merupakan satu hiburan. Setiap orang miliki pandangan sendiri tentang muzik. Menjadi satu perkara biasa pada masa kini, anak muda  mendengar muzik sambil belajar. Namun tidak semua bersetuju dengan kaedah ini kerana setiap individu ada persepsi sendiri tentang keperluan hiburan dalam sesi pembelajaran.Kewujudan variasi muzik yang rancak menimbulkan persoalan, apakah masih berkesan untuk mendengar muzik sambil belajar? Jawabnya, tepuk dada tanya selera. Semua bergantung kepada setiap individu tersebut. Satu fakta yang harus kita akui bahawa muzik merupakan satu wasilah untuk melapangkan jiwa yang hambar dan fikiran yang berserabut.Kaedah mendengar muzik sambil belajar merupakan satu tabiat yang tidak asing lagi terutama kepada siswa siswi di institut pengajian tinggi (IPT). Golongan cerdik pandai ini memiliki cara tersendiri dalam menuntut ilmu termasuk memilih hiburan sebagai peneman belajar. Kewujudan pelbagai alatan canggih yang menyajikan pelbagai jenis lagu untuk didengar turut mendorong pelajar masa kini mendengar muzik sebagai hiburan belajar.

Muzik sebagai hiburan sewaktu belajar merupakan alasan yang sering digunakan pelajar yang memberi reaksi positif terhadap isu ini. Sudah menjadi fitrah, menyanyi dan mendengar irama memberi kesan positif kepada emosi pendengar. Hal ini menjadi satu faktor pelajar hari ini mendengar muzik sambil menuntut ilmu.Rasa mengantuk ketika belajar merupakan perkara biasa yang menganggu proses pembelajaran pelajar. Mendengar muzik sebagai halwa telinga sedikit sebanyak menyelesaikan masalah ini. Kebanyakan daripada mereka yang suka mendengar muzik menggunakan kaedah ini untuk menghalang mereka daripada rasa mengantuk dan lesu. Umpama menyelam sambil minum air, begitulah juga perumpamaan yang sesuai digunakan untuk mereka yang belajar sambil mendengar muzik. Hal ini menunjukkan bahawa individu tersebut mampu membuat dua kerja dalam satu masa. Otak yang ligat menghafal dan memahami setiap ilmu yang dipelajari sambil dibantu dengan kerancakan mahupun ketenangan  muzik membuktikan pelajar tesebut memiliki tahap pemikiran yang sangat hebat.

            Selain itu, antara kuasa muzik yang lain adalah mempengaruhi perkembangan diri seseorang. Umum mengetahui, kehidupan sebagai seorang pelajar mendedahkan kita kepada kehidupan yang tertekan. Oleh itu, terapi muzik merupakan satu jalan penyelesaian kepada masalah ini kerana secara tidak langsung boleh membantu mengaktifkan memori pendengarnya. Menurut seorang mahasiswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Syafiqah Aliah Shafie, 22 tahun, mendengar muzik merupakan satu keperluan ketika mengulangkaji pelajaran. Rentak dan irama melalui muzik membuatkan pelajar lebih bersemangat dan tidak mudah lesu sewaktu belajar. Masa pembelajaran juga lebih panjang kerana pelajar tidak mudah bosan apabila belajar sambil mendengar muzik.

 Berdasarkan kajian yang dilakukan Persatuan Kajian Sains Diraja England, janin didalam kandungan ibu turut bertindak balas dengan suara nyanyian ibunya. Begitu juga menurut islam yang menggalakkan ibu memperdengarkan alunan al- quran dan zikir yang mana meninggalkan kesan positif kepada bayi dalam kandungan. Hal ini turut membuktikan alunan muzik ini memberi satu impak yang positif kepada pendengar. Namun setiap pelajar memandang keperluan muzik ketika belajar dengan cara yang berbeza, ada pro dan kontranya. Ada golongan pelajar yang suka pada muzik tetapi tidak sewaktu belajar. Hilang kosentrasi merupakan salah satu alasan yang sering digunakan untuk menolak penggunaan muzik dalam sesi pembelajaran.

            Belajar merupakan satu ilmu, muzik merupakan satu hiburan. Fitrah seorang manusia untuk tertarik lebih kepada hiburan. Hal ini menunjukkan pelajar tidak mudah untuk menerima setiap ilmu dalam proses pembelajaran dan lebih tertumpu pada setiap bait lagu yang didengar. Keadan ini menujukkan satu respon yang tidak baik untuk seseorang pelajar dalam menuntut ilmu.Sedar atau tidak muzik mempengaruhi tingkah laku dan sahsiah diri kita. Kebanyakan pelajar hari ini mendengar muzik yang rancak seperti Kpop, rock, RnB dan sebagainya. Jarang sekali untuk mendengar lagu-lagu yang memberi semangat contohnya seperti lagu nasyid yang diselitkan nasihat untuk kesucian rohani dan jasmani. Keadaan ini dapat dilihat apabila kebanyakan daripada mereka tanpa segan silu mengeleng-gelengkan kepala dan mengerakkan badan walaupun berada di tempat awam yang sememangnya tidak sesuai dalam proses pembelajaran.

            Suasana yang tidak kondusif ditambah dengan bunyi yang bising mendatangkan rasa tidak selesa sewaktu belajar. Apa yang ingin dikaitkan disini, muzik sudah terang-terangan akan mewujudkan suasana yang bising yang mana manghalang proses pembelajaran terutama ketika menghafal. Keadaan ini juga turut memberi impak negatif bagi golongan pelajar yang belajar secara berkumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan perlu bertolak ansur kerana ada antara ahli yang tidak boleh belajar dalam keadaan bising. Bagaikan masuk telinga kanan,keluar telinga kiri. Belajar sambil mendengar muzik biasanya menjadikan proses menuntut ilmu menjadi sia-sia. Bukan ilmu yang terpahat didalam memori kita tetapi lebih kepada lagu yang didengar. Ini menunjukkan impak negatif muzik kepada pelajar yang memilih muzik sebagai peneman sewaktu belajar.

Konklusinya, muzik merupakan suatu yang subjektif. Masing-masing mempunyai pandangan atau pendapat sendiri dalam memberi ulasan tentang keperluan muzik. Sebagai pelajar, kita harus bijak menggunakan kelebihan muzik dan tidak terjebak dalam kesan negatif muzik. Bergantung kepada setiap pelajar sama ada menjadikan muzik sebgai teman belajar tetapi jangan sampai muzik menjadi satu gangguan.

KESIMPULAN DAN CADANGAN PERBEZAAN ANTARA MUZIK DALAM ISLAM DAN MUZIK MODEN



KESIMPULAN DAN CADANGAN



KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MUZIK

            Muzik dan masyarakat tidak dapat dipisahkan kerana muzik pada masyarakat menjadi tempat mereka meluahkan perasaan dan tenaga mereka terutama dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini. Keadaan ini menyebabkan rancangan muzikal telah mendapat sambutan hangat masyarakat terutama remaja.Sesungguhnya, muzik mempunyai pelbagai natijah yang mampu mengubah kehidupan sesebuah negara itu.
Sekali pandang pandang muzik memang membawa kebaikan. Muzik mampu memberi ketenangan jiwa kepada seseorang kerana apabila mendengar muzik, jiwa seseorang akan tenteram terutama mendengar muzik kegemarannya. Irama muzik yang mendayu-dayu menyebabkan jiwa seseorang yang suka memberontak akan kembali menjadi tenang dan gembira. Sesungguhnya, muzik membawa ketenangan jiwa yang meningkatkan lagi kekuatan minda dan fizikal seseorang itu.
Malah, muzik mampu memberi imej baru atau memperkaya muzik tradisional sesebuah negara itu. Keadaan ini mampu diwujudkan kerana muzik tradisional dianggap tidak bersesuaian dengan keperluan alaf globalisasi yang mengutamakan muzik rancak sahaja. Rancangan muzik yang disiarkan oleh media tempatan mampu mengorak langkah untuk menyebarkan pengaruh muzik tradisional terutama dalam kalangan remaja. Jadi, muzik memang mampu meninggikan imej muzik tradisional kita.

            Bukan sahaja imej muzik tradisional mampu ditingkatkan tetapi imej negara pada mata masyarakat antarabangsa turut meningkat. Muzik sering dikaitkan dengan tahap kemodenan sesebuah masyarakat dan neagra itu mengikut piawaian antarabangsa. Semakin tinggi minat masyarakatnya terhadap muzik semakin modenlah sesebuah negara itu.
Selain itu, muzik turut mampu memberikan satu kerjaya yang baik terutama kepada remaja. Keadaan ini berlaku kerana bidang muzik di negara ini masih belum diteroka dengan seluasnya. Permintaan sebagai ahli muzik masih tinggi dan persaingannya tidak begitu sengit berbanding dengan negara-negara maju yang lain. Dalam masa yang sama negara mula menganggap keperluan muzik menjadi penting dengan pelbagai konsert muzik diadakan setiap tahun di negara ini. Maka, semakin ramailah pemuzik yang diperlukan oleh negara dalam tempoh mendatang ini terutama muzik orkestra.
Keburukan yang ketara daripada muzik ialah aktiviti ini menyebabkan remaja terutamanya mudah terjebak dengan pergaulan yang bebas. Keadaan ini menyebabkan berlakunya gejala
sosial yang mendapat perhatian masyarakat seperti isu pembuangan bayi dan penyalahgunaan dadah. Suasana dan tempat muzik sering menimbulkan masalah kepada remaja terutama aksi muzik barat moden yang dianggap terlalu menyimpang daripada budaya tempatan. Oleh itu, muzik turut membawa remaja kita terpesong sahsiahnya.

           Kesimpulannya, muzik bukanlah seseuatu yang hanya membawa kebaikan tetapi juga impak negatif yang tersendiri. Setiap individu haruslah menilai dan melihat muzik itu daripada keperluan peribadi mereka untuk memastikan bidang muzik ini membawa impak positif. Peribahasa melayu ‘tepuk dada, tanya selera’ membuktikan bahawa buatlah sesuatu mengikuti keperluan dan kehendak seseorang terutama yang memberi kebaikan sejati.

Thursday, 22 February 2018

CARA MENGATASI PENGARUH BUDAYA BARAT



CARA-CARA MENGATASI PENGARUH BUDAYA BARAT


INDIVIDU
ü  Berpegang teguh pada ajaran agama
ü  Mendalami lebih banyak dalam penghayatan ajaran agama
ü  Sentiasa berwaspada dengan segala tindakan
ü  Memikirkan dan menilai baik buruk sesuatu tindakan sebelum bertindak

MEDIA
ü  Pengarang/penulis kurang menulis perkara negatif
ü  Sekatan kepada filem atau drama bersiri dari Barat yang tidak beretika
ü  Pengamal media menyiarkan program berfaedah dan bersesuaian dengan masyarakat kita.


KERAJAAN
ü  Mengadakan kempen.
ü  Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap perkara yang kurang bermoral

KESIMPULAN PERBEZAAN ANTARA MUZIK DALAM ISLAM DAN MUZIK MODEN

KESIMPULAN



Alhamdulillah, secara runusannya sebilangan masyarakat Islam di Malaysia khususnya, telah menganggap bahawa nasyid adalah satu-satunya seni muzik Islam, manakala yang selainnya adalah tidak Islamik. Oleh sebab itulah mereka menolak seni muzik moden kerana dikatakan haram di sisi agama Islam. Tanggapan ini masih berlaku dan sekiranya keadaan ini berterusan tanpa ada usaha untuk memurnikan fahaman tersebut, maka umat Islam akan ketinggalan dalam dunia hiburan. Malah akan ada sebahagian mereka yang lain yang terus beranggapan bahawa agama Islam mengongkong penganutnya untuk berhibur sedangkan Islam tidak akan menghalang sesuatu seni muzik sama ada tradisional atau moden selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam. Seni muzik itu tidak haram pada zatnya tetapi haramnya disebabkan oleh faktor-faktor lain yang ada bersama-sama dengannya. Oleh itu, sesuatu pelaksanaan yang berkait dengan seni muzik seperti masa persembahan, cara penyampaian, suasana tempat persembahan


Jika diperhatikan seni muzik pada hari ini, sudah pasti banyak perkara yang perlu diperbaiki. Untuk mencapai tujuan ini, kita tidak semestinya mencipta atau mewujudkan satu seni muzik baru. Akan tetapi, kita seharusnya mengislamisasikan seni muzik yang dikatakan bercanggah dengan syariat agar selaras dengan tuntutan syarak. Dengan kata lain, kita hendaklah menyediakan satu mekanisme baru dengan perancangan yang teliti untuk menaikkan martabat seni muzik ke arah yang lebih baik dan dapat mendatangkan kesan positif kepada manusia. Dengan ini, kita tidak hanya menghukum sahaja, malah kita telah menyediakan satu bentuk alternatif baru dalam dunia hiburan untuk dinikmati oleh masyarakat Islam seluruhnya. Islamisasi seni muzik bukanlah perkara baru dalam Islam kerana ia telah pun berlaku pada zaman Rasulullah SAW iaitu ketika baginda mengiktiraf seni muzik kaum Ansar sepertimana hadith yang telah disebutkan sebelum ini. Sikap toleransi dan keterbukaan Rasulullah SAW terserlah setelah membenarkan dua orang gadis dari golongan Ansar untuk menyanyi walaupun mendapat sedikit teguran daripada Abu Bakar R.A pada peringkat awalnya. Ini menjadi bukti bahawa Islam mengiktiraf seni muzik kaum lain selagi ia tidak bercanggah dengan syariat Islam. Pengiktirafan tersebut, secara tidak langsung menunjukkan bagaimana Rasulullah SAW telah mengislamisasikan seni muzik kaum Ansar (al-Qaradawi, 2002: 29-30)