PENGENALAN
Pengertian muzik dalam islam ialah seni yang ditulis oleh para pakar dalam buku-bukunya sebagaimana fitrah manusia yang
menyukai segala sesuatu yang indah dan menyenangkan maka seni adalah usaha untuk
menciptakan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni juga merupakan manifestasi
daripada budaya. Seni adalah fitrah manusia seperti juga makan dan minum bergaul mencari pengetahuan mengarah
kepada kebenaran yang berhubungan dengan manusia. Sedangkan menurut Quraisy
Shihab (1996), seni adalah keindahan. Ia merupakan ekspresi dan budaya manusia.
Ia lahir dari sisi terdalam manusia di dorong oleh kecenderungan seniman kepada
yang indah, apapun jenis keindahan itu. Dorongan tersebut merupakan naluri
manusia ataupun fitrah yang di anugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada hamba hamba-Nya. Seni adalah alat
buatan manusia untuk menimbulkan kesan-kesan psikologi atas manusia lain yang
melihatnya. Jadi seni adalah penjelmaan keindahan yang terdapat dalam jiwa
manusia sebagai fitrahnya, yang merupakan manifestasi cipta, rasa dan karya
manusia yang memenuhi syarat yang dapat menimbulkan kesan psikologi bagi orang
lain yang merasakannya. Sedangkan muzik ialah cetusan ekspresi isi hati, yang dikeluarkan
secara teratur dalam bentuk bahasa bunyi (lagu). Apabila letusan isi hati
tersebut dikeluarkan melalui mulut disebut vokal, dan dikeluarkan dengan
alat-alat musik, maka disebut instrumental. Dari pengertian di atas dapat
membuat kesimpulan bahawa seni musik adalah seni menyusun nada suara yang
dibunyikan sedemikian rupa, sehingga mengandungi irama, lagu dan memiliki nilai
estetika yang harmoni. Dari definisi di atas dapat dikatakan bahawa muzik
adalah ilmu dan seni mengkombinasikan irama dan nada, baik vokal mahupun instrumental,
yang didalamnya termasuk rangkaian nada (melodi) dan panduan nada (harmoni)
untuk mengungkapkan perasaan.
Pengertian muzik moden
ada banyak jenis dan pengelompokan muzik, ada muzik moden dan muzik tradisonal.
Pengertian muzik tradisional adalah muzik yang terlahir dari kebudayaan
tradisonal yang pada umumnya masih menggunakan alat sederhana atau instrumen
muzik tradisonal. Contoh muzik tradisional seperti musik kulitang dan gamelan.
Sedangkan pengertian mudik moden adalah muzik yang sudah mendapatkan banyak pengaruh
dan sentuhan lain mulai dari alat muziknya. Muzik moden ini berkembang seiring
dengan perkembangan zaman sekarang. Muzik moden sifatnya universal atau
menyeluruh. Sifatnya yang universal membuat muzik ini sesuai dimainkan oleh sesiapa
sahaja yang mudah difahami dikalangan masyarakat. Sejarah muzik moden berawal
dari muzik pop yang banyak didengari oleh masyarakat, kemudian berlanjut dengan
munculnya aliran muzik moden lainnya yang berkonsepkan hiburan serta
menggunakan instrumen muzik yang lebih beragam.
No comments:
Post a Comment