KESIMPULAN
Alhamdulillah,
secara runusannya sebilangan masyarakat Islam di Malaysia khususnya, telah
menganggap bahawa nasyid adalah satu-satunya seni muzik Islam, manakala yang
selainnya adalah tidak Islamik. Oleh sebab itulah mereka menolak seni muzik
moden kerana dikatakan haram di sisi agama Islam. Tanggapan ini masih berlaku
dan sekiranya keadaan ini berterusan tanpa ada usaha untuk memurnikan fahaman
tersebut, maka umat Islam akan ketinggalan dalam dunia hiburan. Malah akan ada
sebahagian mereka yang lain yang terus beranggapan bahawa agama Islam
mengongkong penganutnya untuk berhibur sedangkan Islam tidak akan menghalang
sesuatu seni muzik sama ada tradisional atau moden selagi tidak bercanggah
dengan syariat Islam. Seni muzik itu tidak haram pada zatnya tetapi haramnya
disebabkan oleh faktor-faktor lain yang ada bersama-sama dengannya. Oleh itu,
sesuatu pelaksanaan yang berkait dengan seni muzik seperti masa persembahan,
cara penyampaian, suasana tempat persembahan
Jika
diperhatikan seni muzik pada hari ini, sudah pasti banyak perkara yang perlu
diperbaiki. Untuk mencapai tujuan ini, kita tidak semestinya mencipta atau
mewujudkan satu seni muzik baru. Akan tetapi, kita seharusnya mengislamisasikan
seni muzik yang dikatakan bercanggah dengan syariat agar selaras dengan
tuntutan syarak. Dengan kata lain, kita hendaklah menyediakan satu mekanisme
baru dengan perancangan yang teliti untuk menaikkan martabat seni muzik ke arah
yang lebih baik dan dapat mendatangkan kesan positif kepada manusia. Dengan
ini, kita tidak hanya menghukum sahaja, malah kita telah menyediakan satu
bentuk alternatif baru dalam dunia hiburan untuk dinikmati oleh masyarakat
Islam seluruhnya. Islamisasi seni muzik bukanlah perkara baru dalam Islam
kerana ia telah pun berlaku pada zaman Rasulullah SAW iaitu ketika baginda
mengiktiraf seni muzik kaum Ansar sepertimana hadith yang telah disebutkan
sebelum ini. Sikap toleransi dan keterbukaan Rasulullah SAW terserlah setelah
membenarkan dua orang gadis dari golongan Ansar untuk menyanyi walaupun mendapat
sedikit teguran daripada Abu Bakar R.A pada peringkat awalnya. Ini menjadi
bukti bahawa Islam mengiktiraf seni muzik kaum lain selagi ia tidak bercanggah
dengan syariat Islam. Pengiktirafan tersebut, secara tidak langsung menunjukkan
bagaimana Rasulullah SAW telah mengislamisasikan seni muzik kaum Ansar
(al-Qaradawi, 2002: 29-30)
No comments:
Post a Comment